Wednesday, January 21, 2015

Seorang Nelayan Jadi ‘Wira’ Halang Bayi Masuk Gaung



Seorang kanak kanak 2 tahun berjaya diselamatkan oleh seorang nelayan daripada terjunam ke dalam gaung sedalam 70 kaki.

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera pengawasan yang menyaksikan Mehmet Soysal, 35, pada mulanya sedang berbual di telefon di kaki sebuah bukit.
Tiba-tiba terdengar jeritan seseorang, dia menoleh ke belakang lalu terlihat sebuah kereta sorong bayi sedang meluncur menuruni bukit.
Soysal cuba menahan kereta sorong tersebut, lantas kanak-kanak bernama Ali Ceyhan di dalamnya tercampak keluar dan jatuh hanya beberapa meter dari gaung.
Dia kemudiannya segera mengangkat kanak-kanak itu sebelum orang ramai yang cemas mula mengerumuninya.



Ceyhan disahkan tidak mengalami kecederaan oleh pihak hospital.
Ibu kanak-kanak itu, Cansu Sahin, 29, berkata, dia amat berterima kasih dengan Soysal kerana menyelamatkan anaknya.
“Ia berlaku hanya beberapa saat sahaja selepas saya melepaskan kereta sorong tersebut untuk menunjukan sesuatu kepada suami.
“Saya rasa ucapan terima kasih pun tidak cukup untuk Soysal. Dia seorang wira,” katanya.

0 comments :

Post a Comment